Artis / Selebriti
” Tok Ram sebijik muka ibunya, semoga sihat selalu ibu Tok Ram.. ” – Netizen

Titip Ucapan Selamat Hari Lahir Dan Muatnaik Gambar Bersama Ibu Mertua Tersayang, Perkongsian Datin Alyah Raih Perhatian Warganet. Semoga Ibu Tok Ram Sihat Selalu !!
Siapa tidak kenal dengan penyanyi Datin Alyah yang terkenal dengan lagu ‘ Tak Mungkin Kerana Sayang ‘. Selain mempunyai bakat besar dalam dunia nyanyian, Datin Alyah juga merupakan isteri kepada pengarah muzik iaitu Datuk Ramli MS.
Seperti yang diketahui umum, sebelum ini Datuk Ramli MS atau Tok Ram dan Datin Alyah tidak gemar berkongsi kehidupan rumahtangga kepada umum. Namun ianya tidak bermaksud hubungan mereka mempunyai masalah tetapi mereka berdua menghormati privasi masing-masing.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Datin Alyah telah berkongsi satu video yang memaparkan gambar ibu Tok Ram. Menerusi video itu, kelihatan ibu Tok Ram sedang tidur di atas katil dan Datin Alyah sedang memegang dan menc1um tangannya. Di ruangan kapsyen pula, Datin Alyah telah menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran ibu mertua tersayang yang dikenali dengan nama Hajah Bibah.
Perkongsian oleh Datin Alyah ini telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan wajah Tok Ram saling tidak tumpah seperti ibunya. Sehingga kini, posting terbaru Datin Alyah tersebut telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Datin Alyah dan turut memberikan kata ucapan selamat hari lahir kepada ibu Tok Ram. Antara komen-komen warganet adalah :
” Tok Ram sebiji muka ibunya, semoga sihat selalu ibu Tok Ram.. Selamat hari lahir buat bonda Tokram, semoga sentiasa sihat slalu.. “
” Selamat hari ulangtahun utk bonda Tok Ram.. Semoga sentiasa berada dlm rahmat Allah.. Sejuk bila anak lelaki serupa ibunya.. “
” Selamat Hari Lahir buat ibu Datuk Ramli.. Semoga Allah beri kesihatan yang baik, dan diluaskan pintu rezeki, bahagia dunia Akhirat.. “
” HBD untuk ibu mertua u DA. Semoga Allah sentiasa menjaga mu dalam lindungan-Nya dan diberikan kesihatan yang baik-baik buatnya.. “
” Selamat Hari Jadi buat Puan Hajjah Bibah Singapura. Panjang usia, murah rezekinya dan diberkati Allah Subhanahu Wata’ala.. “
” Selamat hari lahir buat ibu mertua Datin Alyah.. Semoga Allah sentiasa menjaga mu dalam lindungan-Nya.. “
” Comel mak Tok Ram.. Selamat ulang tahun buat mak Tok Ram.. Semoga mak Tok Ram sihat dan diberkati selalu oleh Allah, amin.. “
Memang saling tak tumpah wajah Tok Ram dengan ibunya. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak turut mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat hari lahir kepada ibu Tok Ram. Semoga ibu Tok Ram diberikan kesihatan yang baik dan bahagia bersama keluarga tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG alyah81
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen