Artis / Selebriti
” Tuan badan sendiri tengok pun ketawa. Yang dekat rumah lagi lah, ketawa sampai keluar air mata, haha.. ” – Netizen

Video Reaksi Amir Ketika Melihat Sendiri Persembahannya Untuk Minggu Separuh Akhir The Chosen One Di Kaca TV Buat Ramai Terhibur. Adui Amir, Gelak Besar Tengok Diri Sendiri Berjoget. Siap Mengomel Lagi Ye Amir, Haha !!
Sebagaimana yang semua sedia maklum, rancangan The Chosen One adalah rakaman dan bukannya rancangan secara live. Meninjau akaun Tiktok Amir Sisi Unuk, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Amir sedang menonton persembahannya bersama Mawi World.
Lagu Lemak Manis memang lagu yang sesuai dengan vokal Amir dan satu yang membuatkan ramai teruja pada minggu ini adalah kelincahan Amir menari di atas pentas. Bukan hanya penonton tetapi jurinya, Dato’ Awie juga teruja melihat persembahan Amir pada minggu ini.
Amir pula hanya ketawa sahaja dari awal sehingga ke akhir melihat dirinya sendiri di kaca TV . Bertambah kuat ketawanya ketika part Amir berjoget. Gelagat Amir pada minggu ini sangat mencuit hati, sampaikan itik pun disuruhnya diam kerana bising di atas pentas.
Memetik komen warganet, Amir sendiri ketawa besar menonton video itu, inikah pula warganet yang menonton persembahannya. Dalam banyak minggu, minggu ini paling lawak dan menghiburkan. 3 minggu pertama Amir membuatkan semua orang menangis dan sekarang Amir menceriakan semua penonton.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@amir.sisiunukoffi Suka hati kau la Amir..hahaha#termojproduction #diaridaripedalaman #fypシ #berandatiktok #amirsisi #evolusibintangbaharu #tco #astroceria
♬ original sound – Amir Sisi(Unuk)Official – Amir Sisi(Unuk)Official
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Hahahah tuan bdan sendiri tgk pon ktwa.. yg kt rumah lagilah.. sdr2, ketawa Smpai kluar air mata.. ”
” Tetribur sgt persembahan amir td.. semoga bjaya amir… share sikit amir sembang dgn haiwan tu.. ”
” Comel ja cukup natural perangai Amir.. bersahaja sungguh.. tahniah Amir unuk layak ke final , bangga dengan kamu dik , wlu pun kite berlainan suku kaum , tp tetap bangga.. ”
” Best lh Amir nyanyi lemak manis.. Kelakar amir.. power lah amir… dye sndri yg tgk blk persembahan dye .. dye gelakk.. ”
” Kelakar Unuk ni… macamana dia boleh suruh itik diam semasa Dato’ Awie bagi komen.. bak kata Dato’ Awie.. Amir kisah apa.. korg cakap la apa nk ckp.. ”
” Unuk nk bwk lari bubu nk g tgkp ikan ke.. glak bsar sy mlm ni,blh buat lawak slmbe dia, buat mukanye, dato ic nk salam, blh ckp pns, nk g blkg dan lg bye.. ”
” Time Dia shuuttt kan itik tu aku ingt dia suruh awie diam sbb awie tengah komen dia.. adoii lawak je dak amir nie.. ”
” Dia boleh gelak ek tgk dia sndiri nyanyi haha xpecaya ke tu amir dlm tv tuuu haha semoga amir berjaya dunia akhirat Aamin.. ”
Alahai Amir, tengok diri sendiri pun dia boleh gelak. Tentu Amir pun tak sangka Amir akan berjoget seperti itu kan. Apa-apa pun, persembahan Amir memang padu lah. Semoga Amir dapat buat yang terbaik pada peringkat akhir nanti dan seterusnya menjadi juara The Chosen One.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Amir Sisi Unuk Official, IG Astro Ceria
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Alhamdulillah, setiap detik dalam hidup ini ialah Anugerah yang patut kita syukuri.. ” – Elly Mazlein
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dulu saya ingat saya seorang je lah ada perangai.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Macam ni lah jawapan lelaki gentleman, baru la anak jantan. YB sangat melindungi Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang bulu roma dengar dua orang ni menyanyi. Saling melengkapi, perfect combination.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Susah nak tengok Hadie marah. Bila ada yang mengutuk Sallman, terus keluar perangai garang Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Nyanyi lagu Cicak pun sedap. Tak boleh tahan gelak tengok mata Afwa, kelakar sangat.. ” – Komen Netizen