Artis / Selebriti
” Tumpang happy tengok you dan wife, semoga jodoh korang kuat.. ” – Komen Netizen

Muatnaik video meraikan Hari Bapa bersama anak-anak dan bekas isteri, perkongsian Edika Yusof raih perhatian ramai. Walaupun sudah berpisah, masih berbaik dan meraikan hari bapa bersama-sama. Salute lah..
Beberapa bulan lalu, tular di media mengatakan rumahtangga pelakon kacak, Edia Yusof sedang menghadapi masalah. Pada bulan Mei baru-baru ini, Edika dan isterinya, Nor Hidayah telah pun sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Edika, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Edika menyambut Hari Bapa. Menerusi video itu, kelihatan Edika berada di sebuah restoran dan diraikan oleh dua anaknya berserta bekas isterinya, Nor Hidayah.
Di ruang kapsyen, Edika memberikan ucapan terima kasih kepada keluarga tercinta kerana meraikan Hari Bapa untuknya. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ada peminat meluahkan rasa seronok apabila melihat Edika sudah berbaik kembali dengan bekas isteri.
Bukan itu sahaja, ramai yang mendoakan agar pasangan ini kembali bersatu kerana mereka dilihat saling melengkapi antara satu sama lain. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Edika itu telah menerima ribuan tanda suka dan lebih 100 komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian terbaru Edika ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Tumpang happy tengok you n wife, semoga jodoh korang kuat dan bersatu semula.. Korang nampa sama padan dan serasi bersama.. “
” Happy father’s day abang Edika.. Semoga segalanya dipermudahkan Allah.. Saya doakan bersatu semula aamin InsyaAllah.. “
” Alhamdulillah semoga bekekalan hubungan kalian. Harap Edika jgn menyakiti hati isteri dgn kata2 yg kasar sebab sgt tersiat2 hati bila terluka.. “
” Mashaallah Tabarakallah alhamdulillah semoga bahagia family ni hingga jannah.. Happy father day may Allah bless you.. “
” Buang yang keruh ambil yang jernih.. Saling melengkapi antara satu sama lain.. Alhamdulillah dah baik semula semoga bahagia sampai ke jannah Aamin.. “
” Bila sudah berumur, sebaiknya hargailah sebuah hubungan dan keluarga yg telah lama dibina.. perbaikilah sebelum terlambat dan menyesal di kemudian hari.
” Happy Father’s Day to u Edika.. Semoga kalian sekeluarga dlm lindungan Allah selalu.. Bahagia bersama keluarga.. Amin ya rabbal’alamin.. “
Sebelum ini, kisah Edika menjaga isterinya yang lumpuh selama 19 tahun menjadi inspirasi orang ramai. Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan yang baik-baik buat Edika dan Nor Hidayah. Jika ada jodoh untuk bersatu kembali, pasti tidak akan ke mana. Jika tidak, pasti mereka akan bersahabat baik demi anak-anak mereka.
Silakan SHARE..
Sumber : IG edikayusofxx
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen