Artis / Selebriti
” Tunang dengan anak Che Ta ke tu ? ” – Netizen

Datin Seri Noniswara Kongsi Video Majlis Pertunangan Anak Perempuannya, Qis. Namun Kelibat Anak Sulung Rozita Che Wan, Ammar Effendy Cur1 Perhatian Segelintir Peminat. Eh Bakal Menantu Ke Tu, Ini Jawapan Datin Noniswara !!
Datin Seri Noniswara antara pelakon wanita yang mempunyai raut wajah yang jelita dan menawan. Sekalipun usianya sudah mencapai angka 50-an, namun air muka Datin Noniswara tidak langsung dimam4h usia.
Meninjau akaun Instagram Datin Seri Noniswara, telah dikongsikan satu video yang memaparkan majlis pertunangan anak perempuannya yang dipanggil Qis. Turut sama kelihatan dalam video ini seorang lagi anak perempuannya iaitu Erysha Emyra.
Video ini turut dikongsikan di akaun Tik T0k milik Datin Noniswara. Anggun sahaja Qis dalam persalinan berwarna putih. Wajah Qis juga sebelum ini pernah disamakan oleh peminat dengan wajah Shira Ayub.
Walaupun hanya simple majlisnya namun kegembiraan dan kebahagiaan terpancar pada wajah bakal pengantin dan Datin Noniswara sendiri. Apa yang menarik perhatian peminat adalah kehadiran anak sulung Rozita Che Wan, Ammar Effendy di majlis itu sehinggakan ada yang menyangka Ammar adalah bakal menantu Datin Noniswara.
Jom tonton video di bawah :
Hasil tinjauan kami di Instagram Qismishahillman, turut sama dikongsikan beberapa keping gambar ketika majlis khasnya ini. Sama cantik sama padan, bagai pinang dibel4h dua bakal mempelai ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
https://www.instagram.com/p/CXI_HUbpwl-/
https://www.instagram.com/p/CXNhq9LJJzg/
Perkongsian oleh Datin Noniswara sehingga kini telahpun ditonton oleh lebih 22 ribu tontonan. Antara komen-komen peminat :
” Alhamdulillah, congrats ye ibu Noni. Syukur alhamdulillah, selamat. Cantiknya sis, happy engagement for your beautiful girl.. “
” Tahniah umi Noni, macam anak Che Ta yang lelaki tu. Alhamdulillah syukur DS Noniswara bakal menerima son in law.. “
” Bidadari itu wujud, you look amazing. Cantiknya, stunning. Congratulations Qiss. So happy for you bebe. Alhamdulillah.. “
Ini pula respon daripada Datin Noniswara apabila ada yang bertanya adakah anak Che Ta yang menjadi tunangan kepada anaknya ini :
Jika dilihat daripada perkongsian Datin Noniswara yang terdahulu, pastinya peminat akan menyedari Ammar juga ada pada majlis sambutan hari lahir Datin Noniswara. Rupanya Ammar sememangnya bersahabat baik dengan keluarga Datin Noniswara dan dijemput untuk majlis pertunangan ini.
Apa pun, selesai sudah majlis pertunangan si cantik manis kesayangan Datin Noniswara ini. Selamat menemp0h alam pertunangan dan kami di Berita Kopak menzahirkan ucapan tahniah atas ikatan ini. Semoga urusan ke jinjang pelamin dipermudahkan dan berjalan lancar.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Nonsi Wara, Qismishahillman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen