Artis / Selebriti
” Untung Shila dapat suami macam Ubai.. ” – Netizen

Video Di Belakang Tabir Shila Amzah Dan Suaminya, Ubai Ketika AJL38 Raih Perhatian Ramai. Alahai Sweetnya Ubai, Sangat Mengambil Berat Dan Sentiasa Di Sisi Shila. Wah, Bertuah Shila !!
Pada pentas akhir Anugerah Juara Lagu 38 yang berlangsung pada hari Ahad lepas, Shila Amzah diundang menjadi penyanyi jemputan. Menerusi beberapa akaun TikTok, perkongsian di belakang tabir ketika Shila membuat persiapan telah meraih perhatian ramai.
Banyak mata yang tertumpu dengan kehadiran Ubai iaitu suami Shila yang turut sama-sama membantu dan mengiringi Shila ke mana sahaja. Ubai sangat menjaga keselamatan isterinya tambahan pula kini Shila sedang berbadan dua.
Seperti selalu, penampilan Shila juga sangat cantik dengan mengenakan gaun berwarna biru dan hitam. Terserlah seri ibu mengandung pada diri Shila. Ramai juga yang memuji persembahan Shila yang bertenaga seperti tidak mengandung.
Perkongsian ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Walaupun usia Ubai jauh lebih muda daripada Shila namun sikap Ubai sangat matang. Ubai sangat memberi sokongan terhadap kerjaya isterinya.
Jom tonton video di bawah :
@tv3malaysia Comel je min tengok @ShilaAmzah dgn @Ubai Mz dekat backstage.. Goodluck kejap lagi! #AJL38 #AJLPalinglkonik #Muzikaverse #RoadToAJL38 #alhaalfamuzikaverse alhaalfaxaj|38
@tontonmy
Ramai yang memuji sikap Ubai yang sentiasa berada di sisi Shila walau di mana berada. Antara komen-komen yang diberikan :
” Bagus ubai jaga wife dia.. Tingginya ubai, senang jadi ubai semua kepala org dia nampak.. untung Shila dpt suami macam ubai.. “
” Tu kelebihan shila skng suami dia.sentiasa ada bersama ..mana tak semangat org yg dia syg sentiasa bersama. suka tgk syila dgn ubai.. “
” Shila betul2 glow up bila bertemu right person.. DH sampai wktunya dia bahagia ngn lelaki yg betul.. restu suami tu penting….dah matang Shila.. “
” Seben dia nk kiss pun hujung² sb tkut kene bedak.. untung shila dpt suami mcm ubai dia tetap humble je wlu pn isteri sorg yg trkenal.. “
” Suka tengok sha skrg… ceria.. bila berada di tangan llk yg tepat… semoga bahagia sehingga ke jannah.. rs trharu pulak.. “
” Rezeki Shila DPT suami MCM Ubai sporting dan kelakar tgk Shila happy bersama Ubai…semoga jodoh kekal berpanjangan hingga akhir ayat.. “
” Dasatttt.. mak buyung ni punya penangan.. padu bak hangggggg.. letopppppp, perghhhhhhh.. Semoga Shila dan Ubai kekal bahagia bersama…suka tgk diorg bahagia.. “
Shila sangat beruntung kerana Ubai sangat mengambil berat tentang dirinya. Apabila suami tersayang selalu berada di sisi dan sentiasa memberi semangat, pastinya sebagai seorang isteri sentiasa akan berasa bahagia. Semoga sentiasa bahagia buat pasangan ini.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok TV3 Malaysia, TontonMy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Alhamdulillah, setiap detik dalam hidup ini ialah Anugerah yang patut kita syukuri.. ” – Elly Mazlein
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dulu saya ingat saya seorang je lah ada perangai.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Akhirnya dengar Kias Cinta versi Hadie dan Sallman. Suara tu ada feel dan rasa sayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Macam ni lah jawapan lelaki gentleman, baru la anak jantan. YB sangat melindungi Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang bulu roma dengar dua orang ni menyanyi. Saling melengkapi, perfect combination.. ” – Komen Netizen