Artis / Selebriti
Video Dan Gambar Sekitar Majlis Resepsi Raysha Rizrose Dan Nabil Jefri

Alahai Cantiknya Raysha, Dato’ Alha Alfa Kata Raysha Request Look Macam Permaisuri Thailand Campur Melayu. Baju Dan Pelamin Pun Cantik, Memang Wow Sangat !!
Baru sahaja beberapa hari yang lalu, pelakon cantik yang juga merupakan adik kepada Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose, Raysha Rizrose sah bergelar isteri kepada Nabil Jeffri. Hanya dengan sekali lafaz, bermulalah fasa baru dalam kehidupan pasangan ini.
Meninjau beberapa buah akaun Instagram, telah dikongsikan video dan gambar majlis resepsi Raysha yang baru sahaja berlangsung sebentar tadi. Bertemakan persalinan songket sarat jemeki, ianya hasil karya pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini.
Raysha yang tampil jelita hasil solekan magic Dato’ Alha Alfa menaikkan lagi seri wajahnya. Memetik kata Dato’ Alha di Instagramnya berbunyi ‘ ada request nak look2 permaisuri2 thai campur melayu.. here u go, onz tak ? thanks dada for having me ‘.
Rupa-rupanya Raysha inginkan kelainan untuk majlis resepsinya ini. Lihat sahaja hasilnya memang wow sangat. Baik dari majlis pertunangan, membawa ke majlis ijab qabul dan kini majlis resepsi, cantik sungguh busana yang digayakan oleh Raysha.
Jom tonton video di bawah :
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )
Sebagaimana impian Raysha, laksana permaisuri di singgahsana yang serba mewah dan indah. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran sanak saudara dan sahabat handai Raysha dan Nabil.
Pastinya ini antara majlis perkahwinan yang gah mewarnai tahun 2023. Semoga Raysha dan Nabil berbahagia selalu, saling berkasih sayang dan sentiasa aman damai bahtera perkahwinannya. Selamat pengantin baru Raysha.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Glam Malaysia, IG Inaijari, IG Absolutbazaar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen