Artis / Selebriti
” Wah tahniah Puteri, selamat berpantang.. ” – Netizen

Puteri Aishah Umum Berita Gembira Telah Selamat Bersalin Raih Perhatian Warganet. Wah Putihnya Anak Aishah Ni, Jari Tu Runcing Sangat. Nama Pun Best, Tahniah Puteri !!
Beberapa bulan yang lalu, pelakon wanita Puteri Aishah mengumumkan tentang kehamilan sulungnya ketika sedang bercuti ke luar negara bersama suami. Kehamilan Puteri pada waktu itu sudahpun melepasi trimester kedua dan perutnya juga telah kelihatan besar.
Menerusi akaun Instagram Puteri Aishah, telah dikongsikan satu khabar gembira mengenai dirinya telah selamat melahirkan cahayamata sulungnya pada 4 April yang lalu. Hampir seminggu sudah rupanya dan Puteri Aishah kini dalam proses berpantang.
Pada kapsyennya itu juga, Puteri Aishah turut memberitahu nama yang telah dipilih untuk puteranya ini iaitu Muhammad Faliq. Ucapan terima kasih juga diucapkan oleh Puteri kepada semua yang mendoakan Puteri dan anaknya itu.
Harapan Puteri, agar Faliq akan menjadi anak yang soleh dan bermanfaat kepada agama, bangsa dan sesama umat manusia. Melihat kepada gambar yang dikongsikan oleh Puteri ini, jari Faliq kelihatan begitu putih dan runcing. Wah ini baru jari, muka tentu putih kemerahan.
Jom baca perkongsian di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alhamdulillahhh congratulations puti sayang. Selamat hari raya Put dan selamat berpantang.. ”
” Tahniah Puteri Aishah, selamat hari raya. amin amin, tahniah Puti & Jacob alhamdulillah, selamat hari raya to you both and family. tysha can’t wait to meet baby Faliq.. ”
” Awww welcome to the world my darling boy and welcome to manhood my darling puteriaishahofficial sending you 3 much love and light. The nights are long but the years are short. Savour every second of every minute.. ”
” Alhamdulillah tahniah Putri.. selamat hari raya maaf zahir dan batin .. putih gila baby Puteri ni.. jari jemari tu runcinggg.. ”
” Masyaallah tabarakallah,, tahniah kak puteriaishahofficial salam dari pada indonesia 🇮🇩 Selamat hari raya.. ”
” Alhamdulillah tahniah Puteri. wah Amin ada geng camping nanti ni.. tak sabar nak tengok muka Faliq, tengok jari pun dah gebu.. ”
” Wah tahniah Puteri, selamat berpantang.. mama doakan agar puteri dan baby sihat -sihat selalu.. ”
Alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan Puteri Aishah untuk melahirkan baby Faliq. Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan tahniah kepada Puteri Aishah atas kurniaan Allah itu. Selamat berpantang dan semoga baby Faliq membesar dengan sihat.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Puteri Aishah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen