Artis / Selebriti
” Wah tahniah sis, diam-diam dah besar dah perut tu.. ” – Netizen

Sharifah Amani Kongsi Video Umum Berita Gembira Sedang Hamil Anak Sulung Raih Perhatian Warganet. Wahh Semuanya Teruja Bila Dapat Tahu Amani Mengandung. Part Reaksi Mak Dan Ayah Tu Touching Sangat !!
Meninjau di akaun Instagram pelakon kecil molek iaitu Sharifah Amani atau lebih mesra dengan panggilan Amani, telah dimuatnaik satu video istimewa. Amani berkongsi berita gembira kepada umum yang dirinya kini sedang hamil anak sulung.
Menerusi video itu, Amani berkongsi momen indah ketika Amani menunjukkan alat ujian kehamilan kepada suaminya. Selepas itu, Amani juga merakamkan reaksi kedua ibu bapa, adik-beradik, ahli keluarga lain dan rakan-rakan saat melihat gambar scan kehamilannya itu.
Hanya berkongsi kapsyen ‘ Syukur Alhamdulillah ‘ perkongsian oleh Amani telah menarik perhatian warganet. Ramai peminat yang mengatakan turut gembira melihat Amani dan suaminya bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi. Selain itu, ada juga memuji wajah Amani nampak semakin berseri-seri sekarang.
Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Amani ini telah menerima ribuan komen dan puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Part Amani menunjuk gambar scan baby kepada ibu dan ayahnya membuatkan ramau tersentuh. Menangis ibu Amani apabila mengetahui berita gembira tersebut.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata menyukai perkongsian video ini dan turut memberikan ucapan tahniah buat Amani dan suaminya. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Wah tahniah sis, diam-diam dah besar dah perut tu.. Tumpang happy tengok kegembiraan korang.. Semoga Amani dan baby dlm kandungan sihat2 sahaja.. “
” MasyaAllah congratulations sister.. Wahhh I’m so happy for u walaupun kita tak kenal satu sama lain. This is so touching.. “
” Akak bukan baru Lepas habis SPM ke hehe.. Kenapa akak takbesa2.. Apa2 tahniah akak cantik.. Semoga Allah permudahkan segala urusan baby dgn mami.. “
” Syukur alhamdulillah & tahniah guys.. Tak sabar nak tengok anak Nani, mesti comel kan.. Tgk lah mummy dan daddy dia, dua2 muka manis.. “
” Alhamdulillah tahniah.. Patut lah wajah berseri-seri.. Bakal jadi ibu.. Huhu comel tengok part bila tahu mengandung tu.. Mesti tak sangka kan.. Semoga segalanya dipermudahkan.. “
” Sukanya tengok reaction sorang-sorang.. Semuanya teruja betul dapat tahu Amani mengandung.. Huhu video ni memang terindah sangat.. “
” Oh my godddd comelllnyaaaa.. Syukur alhamdulillahhhh alhamdulillahh alhamdulillahh happy to see all the happy tears shared together. Take care mommyyy.. “
Alahai comelnya baby bump Amani, sudah besar perutnya. Untuk sekadar infon, Amani mendirikan rumah tangga bersama Ahmed Faris pada tahun 2022. Apa-apa pun di kesempatan ini, kami dari Berita Kopak turut ingin mengucapkan tahniah buat Amani, semoga segala urusan Amani bersalin nanti akan dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG sharifah_amani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen