Artis / Selebriti
” Walaupun dah cerai tapi tetap kekalkan hubungan. Takde dendam, takde toxic.. ” – Komen Netizen

Video Shikin Maembong Dan Cat Farish Beraya Di Rumah Dato’ Chef Wan Raih Perhatian Ramai. 1st Time Jumpa Cat Farish, Chef Wan Layan Macam Anak Sendiri. Siap Buat Kopi Special Dan Bergurau Senda Dengan Cat Farish !!
Meninjau ke akaun Tiktok Shikin Maembong, perkongsian sebuah video yang memaparkan sambutan hari raya Aidiladha Shikin sekeluarga di rumah Dato’ Chef Wan telah meraih perhatian ramai. Umum mengetahui Shikin pernah berkahwin dengan anak Chef Wan yang bernama Chef Riz.
Shikin datang ke rumah Dato’ Chef Wan bersama suaminya iaitu Cat Farish dan anaknya bersama Chef Riz dahulu, Arianna. Turut serta anak lelaki Cat Farish. Walaupun Shikin sudah berpisah dengan Chef Riz, layanan yang diberikan oleh Dato’ Chef Wan tetap terbaik.
Menurut Shikin, ini merupakan kali pertama Dato’ Chef Wan bertemu dengan Cat Farish. Namun kedua-duanya sangat serasi dan sangat kelakar apabila berbual bersama. Wah, memang terbaiklah keluarga ini dalam menjaga hubungan silatulrahim.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Nampak sungguh meriah sambutan hari raya keluarga ini dengan pelbagai juadah disediakan. Apabila hubungan ini terjaga, anaklah yang paling gembira. Arianna cukup bertuah mempunyai mempunyai datuk seperti ini.
Jom tonton video di bawah :
@shikin_maembong Raya haji rumah atok Chef Wan 🥰 Atok spontaneous funny even first time jumpa @Cat Farish.. dua-dua kelakar, riuh rumah dibuatnya.. kami borak, makan, gelak.. borak makan gelak sampai petang.. a wonderful, happy cheerful day for us and @AriannaNatasyaoffical .. Tq papa for having us & the endless love 💕 we love u!! #catfarishfamily #chefwanfamily #farishikin #chefrizfamily
Ramai yang memuji sikap baik Dato’ Chef Wan terhadap Shikin dan juga suami barunya. Antara komen-komen yang diberikan :
” Suka tgk wlpn bekas menantu hubungan tetap baik. trbaik chef wan.. alhamdulillah.. rapatkan lg ukhwah, moga berkekalan.. “
” Chef wan walaupn mulut potpet potpet tapi hati sgt baik. tgk mcm mna dia jaga ex wife sampai akhir hayat arwah. 1 dlm sejuta nk jumpa org mcm ni.. “
” Seronok nye walaupun dah cerai tp tetap kekalkan hubungan… ini yg bagus nye.. xde dendam xde toxic. alhamdulilah.. suka tgk.. pertalian tetap x putus.. “
” Alhamduliilah.. pndpat sy chef wan ni sume org dia tgur, even anak sndri pun kena tgur. marah tanda sayang.. Mmg dia Atok and father in law yg Baik.. “
” Di usia2 senja ni BT pe laa nk brdendam dgn org. past is past. idup nk tenang2 jer.kan tokwan kan.. Alhamdulilah walaupn dh bergelar ex tapi hubungan tetap baik.. “
” Semoga hubungan ini kekal. After all, bila meningkat usia ni, kita nak hidup tenang2 je, xnak ada konflik. baik chef wan ni. suka tgk dia. moga Allah panjangkan umur chef wan dan dikurniakan kesihatan yg baik.. “
” Alhamdulillah nampak chef wan Masih Cargas semoga dipermudahkancdatuk. untung berbaik dgn chef wan, dia baik hati. kalau dia marah² tu dgrkan je lah, org tu suka membebel , luahkan hati.. pastu dia ok balik.. “
Bak kata pepatah, ‘ buang yang keruh, ambillah yang jernih ‘. Walau apa pun berselisihan dalam keluarga yang berlaku, betulkan lah kesilapan dan sentiasa muhasabah diri. Semoga hubungan baik keluarga terus berkekalan selamanya. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Shikin Maembong
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen