Artis / Selebriti
” Walaupun tengah berlatih, sedap betul suara Hadie.. ” – Komen Netizen

Video anak sulung Ina Naim, Hadie sedang berlatih menyanyi beberapa buah lagu raih pujian ramai. Sedap sungguh Hadie menyanyi lagu Doa Buat Kekasih. Lunak dan gemersik suara Hadie, menusuk ke hati nyanyiannya..
Baru-baru ini, anak kepada pasangan selebriti, Allahyarham Suhaimi Saad dan Ina Naim iaitu Hadie atau nama sebenarnya, Ehmad Hadie Elfardie Mohd. Suhaimi Saad telah mencuri tumpuan warganet ketika menyertai program realiti terbaru, Talk To My Manager.
Untuk info, program Talk To My Manager merupakan penyertaan yang melibatkan pasangan pengurus dan artis yang terdiri daripada ibu bapa selebriti bersama anak mereka. Antara pasangan peserta musim ini termasuk Siti Saerah dan Amad, Sharifah Shahirah dan Auddra, Shuib dan Thalita, Ina Naim dan Hadie serta ramai lagi.
Meninjau di akaun TikTok milik mediapenglipurlara dan umarmisnan, telah dikongsikan video yang memaparkan Hadie sedang berlatih menyanyi bersama ibunya. Menerusi video pertama, Hadie menyanyi lagu bertajuk Tia Monika sambil dia bermain gitar.
Manakala menerusi video kedua pula, Hadie cuba menyanyi lagu bertajuk Doa Buat Kekasih. Perkongsian dua video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang memuji suara Hadie menyanyi begitu merdu meskipun dia sedang membuat latihan.
Tonton video-video di bawah ini :
@mediapenglipurlara Tia Monika cover by Hadie ❤️ #inanaim #suhaimisaad #hadie #viralvideo #tiamonika
@umarmisnan اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ﷺ♥️🌹🐝
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video nyanyian Hadie ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Walaupun tengah berlatih, sedap betul suara Hadie.. Tak dinafikan, memang Hadie mewarisi bakat daripada arwah ayahnya.. “
” Mak mesti lh nak support anak kan.. Mak nak kan kejayaan anak nye.. Best suara Hadie mak nye Ina pn sgt memahami.. “
” Memang sedap suara Hardie seperti arwah SS juga.. Boleh pergi jauh Hardie ni.. Al fatihah buat arawah Suhaimi Saad.. “
” Ank Ina ni cormfirm fight suara ngn ank Liza Hanim kt program talk to my manager nnt. Malu2 tp suara best sangat tau.. “
” Sedap suara anak Ina n arwah Suhaimi.. Ina dh mula berfungsi sebagai manager betul2 dia guard si Hadie, hehe.. Good luck Hadie.. “
” Sedapnya suara dia.. Memang dari dulu lagi suka betul kalau tengok live Ina n family nyanyi.. Hadie ni sangat berbakat, suara dia padu sangat.. “
” Sedap suara, boleh ke hadapan lagi ni.. Nampak ada masa depan yang cerah buat Hadie dalam industri suara.. Semoga berjaya Hadie.. “
Bakat yang dimiliki oleh Hadie itu diwarisi daripada arwah ayahnya dan tidak mustahil satu hari nanti Hadie bakal menjadi seorang penyanyi terkenal seperti ayahnya. Apa-apa pun, nantikan kemunculan Hadie di pentas Talk To My Manager pada 24 Ogos nanti. Semoga Hadie akan terus mara ke hadapan dan memperolehi kejayaan di program tersebut.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok mediapenglipurlara, umarmisnan, sookamalaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen