Artis / Selebriti
” Weh kenapa Beto makin kelakar. Tersembur aku dengar dia nyanyi, silap lagu rupanya, haha.. ” – Netizen

Video Azizul Ammar Dan Beto Kusyairy Menyanyi Lagu Opera Hidup, Nyanyian Asal Kumpulan Wings Buat Ramai Terhibur. Sekali Beto Pun Dah ‘Masuk Air’ Bila Join Ammar Nyanyi. Part Last Tu Paling Kelakar, Murung Ammar Dengar Beto Salah Nyanyi, Haha !!
Meninjau di akaun Instagram milik Azizul Ammar atau lebih mesra dengan panggilan Ammar telah dikongsikan video yang memaparkan Ammar dan pelakon Beto Kusyairy bersama-sama menyanyi sebuah lagu. Pada awal video, kedengaran Ammar berkata ‘kali ini tidak salah’ .
Ammar memberitahu dia akan menyanyi lagu ‘Opera Hidup’ yang pernah menjadi popular suatu ketika dahulu nyanyian asal oleh kumpulan Wings. Ammar memulakan nyanyian dan nampak begitu semangat ketika menyampaikan lagu tersebut.
Ketika tiba giliran Beto, tak sangka Beto telah menyanyi lagu lain iaitu ‘ Hukum Karma’ sambil membuat gaya rock menganggukkan kepalanya. Mendengar nyanyian Beto, terus Ammar memberikan reaksi terkejut.Kata Ammar kepada Beto penyanyi lagu adalah sama, tapi lagu nyanyian Beto itu adalah salah.
Perkongsian video ini mengudang tawa warganet. Ramai yang mengatakan gara-gara Ammar, Beto sekarang sudah ‘ masuk air’. Sehingga kini video nyanyian Ammar dan Beto menerima ratusan komen serta ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa terhibur mereka selepas menonton video nyanyian Ammar dan Beto. Antara komen-komen warganet adalah :
” Weh kenapa Beto makin kelakar. Tersembur aku dengar dia nyanyi, silap lagu rupanya, haha.. Beto pun dah masuk air gara2 Ammar.. “
” Dekat Malaysia ni hanya armadaammar ni je yang sesatkan lagu tau smp pening kita semua. U jgn la terjangkit sama Beto.. “
” Kau sesatkan Beto sekali Ammar, hahahhaa habis semua rosak beb.. Ingatkan betul lah tadi, sekali salah lagu.. “
” Weiiiiii tak perasan lagu bertukarrrrr.. Hujung hujung baru macam eh yeke ni.. Masalahnya aku yg denga ni terus mcm fikir “ehh sala ke.. “
” Jangan u cuba datang kat dalam mana2 singing competition ye… Taknak ada orang sesat disebabkan u nanti. Hahahahaha cukup u sorang sudah lah.. “
” Kan ramai2 dah pesan haritu part awak Beto, berlakon je. Ada part nyanyi je skip tak yah join. Menari buruk boleh cover, nyanyi sesat org sekeliling susah nak cover, haha.. “
” Hahahaha Beto pun dah kena sampuk, haha.. Rosak Beto sekarang. Ada sapa2 jumpa Ammar ni tolong ikat tepi.. Geram tengok perangai dia, haha.. “
Aduhai ramai kena scam, ingatkan betul lah apa yang dikatakan oleh Ammar bahawa kali ini lirik dan lagu tidak salah. Bagi yang mengikuti Ammar pasti mengetahui Ammar suka berkongsi video-video dirinya menyanyi, tetapi lagu yang dinyanyi oleh Ammar telah disambungkan dengan lagu yang lain.
Silakan SHARE..
Sumber : IG armadammar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen