Artis / Selebriti
” Wow ada improvement, Ajai berjaya buat suara Thalita tak straight sangat. Terus macam suara ibu dia.. ” – Komen Netizen

Video anak Shuib Sepahtu, Thalita sedang berlatih bersama Ajai menyanyikan lagu Kesetiaan raih pujian ramai. Wah makin padu suara Thalita. Kena pula sentuhan Ajai, memang gempak..
Sebagaimana yang semua sedia maklum, anak perempuan Shuib Sepahtu dan arwah Siti Sarah Raissuddin, Thalita bakal bersama-sama Ajai menjayakan Konsert By Ajai & Mega Friends di Singapura tidak lama lagi. Ramai yang teruja untuk melihat persembahan Thalita.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Thalita, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Thalita sedang menjalani latihan bersama Ajai. Ini adalah hari pertama Thalita berlatih bersama Ajai. Salah satu lagu yang akan Thalita nyanyikan nanti adalah lagu popular ibunya yang berjudul Kesetiaan.
Lagu ini yang juga diciptakan oleh Ajai sememangnya mempunyai auranya yang tersendiri. Mendengar dendangan dan alunan suara Thalita, ramai yang terpegun kerana Thalita menunjukkan banyak kemajuan berbanding nyanyiannya sebelum ini.
Jika sebelum ini, ada komen daripada warganet yang mengatakan suara Thalita agak mendatar. Namun kali ini, suara Thalita ternyata berbeza, lunak dan merdu dengan arrangement baru yang Ajai persiapkan untuk Thalita tentu akan mencipta kelainan dan memberi impak yang besar.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini perkongsian ini telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Wow ada improvement la ek. Ajai berjaya buat suara Thalita tak straight sangat, terus macam suara ibu dia.. “
” Sarah.. Anak u dah besar. Now dia nyanyi lagu u.. ada bunyi seakan Sarah.. bakat terbaik digilap oleh individu yg tepat tahniah.. “
” MasyaAllah suara samanya dengan arwah Siti Sarah. sedapnyaaaaa tp pilu sgt2 dgr lagu ni.. Tiba2 rindu dengan arwah.. “
” MashaAllah. A lot of improvement.. Makin sedap suara Thalita… tone nk sama dgn ibu dia.. “
” Wow improvement banyak, sedap sangat.. gemersik suara Thalita.. good job Thalita.. you go girl, fly high.. “
” Sekali lagi lah meletup lagu kesetiaan nih.. go thalita.. Makin bsr suara Thalita hampir sama suara arwah ibunya Sarah.. “
” You improved a lot la thalita.. Dream comes true Abang byajai you’re the best.. lenggok ibunya.. “
” Makin improve dh .. Tahniah thalita.. love it sama macam ibu. Ajai memang orang yang ada magic untuk boom kan nama Thalita.. “
Ajai memang orang yang tepat untuk melatih Thalita dan hasilnya sudah mula kedengaran daripada suara Thalita itu. Tentunya ramai yang tidak sabar untuk mendengar persembahan Thalita nanti. Semoga Thalita akan lakukan yang terbaik dan membanggakan arwah ibu dan daddy Thalita.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Thalita_shuib
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen