Artis / Selebriti
” Wow ayah music genius. Anak Sekolah Seri Puteri. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. ” – Netizen

Perkongsian Ajai Ketika Menghadiri Pertandingan Sukan Anak Perempuannya, Danisha Raih Perhatian Warganet. Wah Bukan Biasa-Biasa Anak Ajai Ni, Hebat Orangnya. Muka Lembut Tapi Semangat Tinggi !!
Bukan selalu komposer terkenal Ajai berkongsikan kisah peribadinya di media sosial. Boleh dikira berapa kali sahaja perkongsian Ajai yang memaparkan isteri dan anak-anaknya. Untuk rekod, Ajai mendirikan rumahtangga bersama Norliza dan dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Danisha.
Meninjau akaun Instagram Ajai, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan Danisha dalam pakaian sukan. Ajai hadir ke lokasi pertandingan sebagai tanda sokongan kepada anaknya ini. Bukan sebarang sukan yang disertai oleh Danisha ini.
Danisha memakai baju jersi tertera nama Dani di belakang dengan nombor 66. Tulis Ajai di kapsyennya berbunyi ‘ Datang untuk ‘support’ no 66 steady‘. Ajai turut menitipkan pesanan agar Danisha melakukan apa yang dirasakan perlu untuk pertandingan ini.
Danisha mewakil sekolah Seri Puteri untuk kategori bawah 15 tahun. Bukan sebarang orang boleh bermain sukan ragbi. Perlukan stamina dan ketahanan serta lasak dalam bersukan. Ayahnya hebat dalam muzik, manakala anak pula hebat dalam sukan.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )
Perkongsian oleh Ajai ini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet setakat ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Wah.. yang adik di SSP.. yang si kakak dahulu STF… Well done… semoga terus suksess semuanya.. amin.. ”
” Wow. Ayah music genius. Anak Sekolah Seri Puteri. Mana tump4hnya kuah kalau tak ke nasi. MasyaAllah.. ”
” Touch Rugby, go Icha no 66.. terbaik lah.. Bang Ajai, ada yang mintak selfi tak hehe. ayahnya popular tu.. ”
Untuk rekod, selain Danisha, Ajai juga mempunyai seorang lagi anak perempuan bernama Ayu Nazirah iaitu anak hasil perkahwinan pertamanya bersama penyanyi wanita, Noorulhuda Abdul Wahab. Besar panjang sudah anak dara Ajai, tetapi ayahnya tetap nampak maintain muda.
Dalam kesibukan kerja hakiki, Ajai masih mencur1 masa untuk datang memberikan sokongan moral untuk Danisha. Lagi berkobar-kobar semangat Danisha apabila ayah datang. Apa-apa pun, semoga Danisha menjadi pelajar yang cemerlang dalam pelajaran juga sukan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ajai
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen