Artis / Selebriti
” Wow banyak yang tak disangka dalam video ni. Alang-alang pre-wedding je la boleh tak, hehe.. ” – Komen Netizen

Bella Astillah dan Daniesh Suffian cover lagu Cantik dan rekod video ketika berada di Jepun buat peminat teruja. Alahai sweetnya Bella dan Daniesh ni, dah macam sweet couple sedang bercinta. Part last masa buat tangan bentuk love tu alahai melting sangat..
Nama Bella Astillah dan Daniesh Suffian mula menjadi sebutan warganet kerana keserasian yang terlihat antara mereka berdua. Bella dan Daniesh mempunyai suara yang merdu dan sedap didengar. Keakraban antara Bella dan Daniesh mencuri perhatian warganet dan ramai yang merestui sekiranya mereka mempunyai hubungan istimewa.
Meninjau entry di akaun Instagram Bella Astillah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Bella dan Daniesh membuat cover lagu Cantik dendangan asal Tiara Andini dan Arsywidianto. Warganet disajikan dengan music video pendek untuk tontonan semua.
Kata Bella video pendek ini dirakamkan ketika mereka berada di Jepun dan ianya hanya untuk suka-suka sahaja. Menonton video perkongsian itu membuatkan ramai di peminat mereka yang teruja. Sweet sungguh pasangan ini walaupun hanya lakonan tetapi nampak macam seperti real sahaja.
Bella kelihatan begitu comel seperti budak sekolah dengan pakaian yang dipakainya itu. Semua juga sporting menari bersama Bella dan Daniesh dalam video ini. Part last sempat lagi Bella dan Daniesh membuat tangan bentuk love. Mana lah peminat tak ‘ship‘ mereka berdua ini, nama serasi sangat.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ee comelnya lah.. too cute. dah macam aku pulak yang angau senyum sorang-sorang.. sesuai lah korang berdua ni.. “
” Suara dia org best, sepadan pun ok tu sepadan sangat.. Am i the only one smiling silly watching tis short vid.. “
” Nyanyi berdua dh. Berlakon berdua bila pulak ek. Approved.. Muka sepadan , suara sepadan smua sepadan tolong kawen pleasee hehehehe.. “
” Lovenya suara daniesh and serasi with Bella’s voice too.. The cover video soooo comel lah.. Alang-alang pre wedding jela boleh tak.. “
” Wow banyak yang tak sangka dalam video ni.. Cringe tapi sesuai.. Alahai kita pulak senyum-senyum.. sesuai la korang berdua ni.. “
” Comel tersenyum-senyum pulak kita.. sepadan, love sangat-sangat.. Seriously cute sgt.. mcm Ada bau Nasi Minyak pun ya.. hehe.. “
” Tak puas, tak jemu tengok. Tersengeh-sengeh comelnya korang ni.. kawin pleaseee.. suka tengok korang together.. “
Siapa sahaja yang tidak tersenyum sendiri melihat gelagat Bella dan Daniesh itu. Sepadan dan sesuai sampai ramai yang mengusik meminta mereka berkahwin. Salah satu cover lagu dengan gabungan video yang best. Semoga terus success dan gembira selalu bersama.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Bella Astillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen