Artis / Selebriti
” Wow segak orangnya. Ini ke orang yang berjaya mencuri hati primadona kita.. ” – Komen Netizen

Perkongsian gambar Mr. E yang dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan Erra Fazira. Wah kalau betul yang ini, handsome orangnya. Sepadan dengan Erra, ramai yang approve..
Tular di media sosial sejak beberapa hari yang lepas mengenai pelakon yang digelar primadona Melayu, Erra Fazira. Ini berikutan tangkap layar di Instastory Erra yang meninggalkan ucapan selamat hari lahir khas untuk seorang lelaki yang tidak dinyatakan namanya.
Erra mengatakan lelaki ini seorang yang mendamaikan hatinya dan ini mula membuatkan warganet berteka-teki siapakah si dia. Hanya dikenali sebagai Mr E, warganet pantas mengorek rahsia dan akhirnya wajah si dia dapat dicari dan dikongsikan di media sosial.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Erra Fazirra Wc dan Instagram Mstar Online, Mr E disahkan sebagai Ezwan Zain oleh pengurus Erra sendiri. Ditanya mengenai sejauh mana hubungan Erra dan Ezwan, mereka berdua masih dalam fasa berkawan dan mengenali hati budi masing-masing.
Ezwan turut berkongsikan di media sosialnya mengatakan memang benar dia lah Mr E. Mereka juga ada keluar makan malam bersama dan gambar Erra ada dimuatnaik dengan ucapan terima kasih. Wah jika benar Erra dan Ezwan, ramai yang berkenan kerana wajah mereka kelihatan seiras dan sepadan bersama.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sepadan sangat, semoga Erra dan Ezwan disatukan.. Lawa betul Erra ni.. kita suka Erra dulu kini dan selamanya.. “
” Erra cantik sngt-sangat…. tak nmpk langsung umur camtu kan….semuga ada jodoh amin3yra.. muka Erra dan Ezwan seiras.. “
” Moga mereka berjodoh.. padan sangat lah.. erra ni cantik ,lemah lembut… age is just a number… semoga dpt jejaka yg jujur & luhur mejaganya.. “
” Handsome orangnya, nampak sepadan dengan Erra.. Semoga bertemu jodohnya.. Beautiful dan handsome couple.. “
” Sepadan sangat, bagai pinang dibelah dua.. Happy for u kak Erra,kak Erra deserved happy ngn org tersyg, semoga ke jinjang pelamin.. “
” Sekiranya jodoh dari Allah ini yg terbaik buat erra, kami semua mendoakan yg terbaik buat erra dan ezwan, jagalah wanita istimewa ini.. “
” Wow segak orangnya. Ini ke orang yang berjaya mencuri hati primadona kita.. sepadan sangat handsome dan cantik.. peminat pun ramai restu.. “
Andai betul ada hubungan istimewa antara Erra dan Ezwan, ramai yang merestui dan sabar menanti untuk melihat pasangan ini disatukan sehingga ke jinjang pelamin. Sama-sama kita doakan agar segalanya dipermudahkan untuk Erra dan bertemu bahagia yang dicari.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Mstar Online, IG Erra Fazira, Tiktok Erra Fazirrawc
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen