Artis / Selebriti
” Woww, hanya ada 1 sahaja di Dubai. Harga mesti padu sangat ni.. ” – Komen Netizen

Video Bonda Rozita menghadiahkan seutas jam tangan mewah buat anak perempuannya, Nur Ain Sufiah ketika bercuti di Dubai. Terkejut semua orang bila dengar jam tersebut hanya ada seutas sahaja di Dubai, bukan kaleng-kaleng yer..
Beberapa hari lalu usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim berkongsi beberapa gambar ingin pergi bercuti ke Dubai bersama suami, anak-anak serta cucu-cucunya. Antara cucu-cucu Bonda yang turut serta adalah anak-anak Dato’ Aliff Syukri iaitu Ammar, Qadejah dan Ibraheem.
Terbaru, meninjau di akaun TikTik milik jrm.offcial, telah dikongsikan video Bonda dan keluarga sedang membeli belah di sebuah mall terkenal di Dubai. Menerusi video itu, Bonda mahu membeli hadiah buat dua orang anak perempuannya iaitu Ain dan Amani.
Amani telah dihadiahkan sebuah beg berjenama antarabangsa iaitu Chanel. Manakala Ain pula dihadiahkan seutas jam berjenama Rolex. Ketika sedang berada di Butik Rolex itu, salah seorang staff butik berkata jam yang dibeli untuk Ain itu hanya ada seutas sahaja di Dubai.
Mendengar apa yang dikatakan oleh staff butik tersebut, Bonda dan Ain memberikan reaksi terkejut. Setelah jam tersebut dibeli, kelihatan Ain memeluk Bonda sebagai tanda terima kasih kerana menghadiahkan hadiah istimewa tersebut kepadanya. Sehingga kini, video itu telah ditonton lebih enam ratus ribu tontonan setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@jrm.official Congrats on your gifts, Ain & Maryam!! Wanna trade y’alls Rolex & Chanel woth my Charmello Dark Chocolate tak? Bolehla. Charmello pun mahal apa 👉🏻👈🏻 #fyp @Bonda Rozita Ibrahim
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Woww, hanya ada 1 sahaja di Dubai. Harga mesti padu sangat ni.. Untungnya Ain dan Maryam.. Semoga jadi anak yang solehah.. “
” Bestnya mak kaya, Alhamdulillah.. Kita tengok pun tumpang happy.. Rezeki anak-anak Bonda.. Tahniah Ain, rolex tu.. “
” Iam crying bonda . Ya Allah moga aku dapat bagi macm ni pada my future twin soon aaamiin . Tak dapat from my late mother it’s okay but i want to give the best for my future coming.. “
” Jangan jd ank yg tak betul, kekayaan jgn merosakkan kamu.. Deep betul ayat Bonda.. Suka dengar.. Kata-kata nasihat seorang ibu.. “
” Aku nak kaya macam ni sb boleh beli apa2 je untuk anak, tapi kalau kaya macam ni mesti masa untuk anak kurang.. Arrrrr betul2 pengorbanan.. “
” Aku pun happy tgk dorang happy, semoga Bonda terus bahagia di dunia, akhirat dan tetap berkasih sayang bersama keluarga, amin.. “
” Diorg ada bapak kaya. Diorg ada makcik kaya. Diorg ada nenek yg kaya.. Semua kaya2 lah.. Best tengok dorang shopping, hehe.. “
Cantik sungguh jam tangan hadiah daripada Bonda buat Ain. Semestinya ramai yang mengetahui yang jam berjenama Rolex ini antara jam mewah yang harganya mampu mencecah ratusan ribu dan boleh menjadi aset pelaburan. Tahniah Ain untuk hadiah yang berharga daripada bonda tercinta.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok jrm.official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen