Artis / Selebriti
” Woww, terus bertukar dari dapur rumah kampung ke dapur apartment.. ” – Komen Netizen

Video Nubhan Ahamad buat kejutan kepada ibunya, Mak Jenny ruang dapur yang baru diubahsuai hasil sentuhan Interior Designer. Wah cantik betul dapur baru Mak Jenny. Tak berhenti Mak Jenny puji cantik. Tapi part sambal nasi lemak tu kelakar, haha..
Bagi yang suka mengikuti penyanyi dan juga usahawan, Nubhan Ahamad pasti mengetahui yang Nubhan suka berkongsi video bersama ibunya, Mak Jenny. Nubhan juga suka menyakat Mak Jenny sehingga membuatkan ramai yang tidak kering gusi ketawa.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Nubhan, telah dikongsikan video baru yang memaparkan Nubhan membuat kejutan kepada Mak Jenny menunjukkan dapur baru rumah Mak Jenny yang baru sahaja selesai diubah suai hasil sentuhan daripada Interior Designer.
Menerusi video itu, pada awalnya Nubhan meminta Mak Jenny untuk mengira nombor 1 hingga 5 sebelum pintu ke ruang dapur dibuka. Apabila pintu dibuka, Mak Jenny memberikan reaksi teruja melihat ruang dapurnya dan memuji ruang tersebut kelihatan cantik.
Kelihatan barang-barang yang ada di dapur Mak Jenny ditukar baru dan sekaligus dilihat menjadi dapur rumahnya nampak lebih cantik dan kemas. Ruang dapur baru itu juga dibahagikan kepada dua bahagian iaitu dapur kering dan dapur basah. Perkongsian video dapur baru Mak Jenny ini telah menarik perhatian warganet.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Woww, terus bertukar dari dapur rumah kampung ke dapur apartment.. Murah rezeki Nubhan, slalu bahagiakan syurga dia.. “
” Mak jenny approved kali ni…. Rumah nubhan kemain cantik pun dia tak puji cantikkk…. Rumah mak jenny tak habis2 duk cakp cantik, haha.. “
” Suka sgt cara Nubhan layan mak dia.. Cara dia hargai mak dia, cara dia bonding anak beranak. Alhamdulillah happy Mak Jenny.. “
” Cantiknyaa dapur Mak Jenny.. Sambal tak jd tu lawak, hahaha bagus nubhan .. syiokk tgk dia layan Mak Jenny, hahahaa.. “
” Kita plak yg sedih.. Cantiknya dapur Mak Jenny.. Nubhan ank yg baik.. Semoga Nubhan akan jadi anak yang soleh buat ibunya.. “
” Tengok la muka mak.. Senyuman jujur puas hati dan suka sgt. Bersedialah wahai anak yg gembirakan seorang mak. InsyaAllah dah dpt redha.. “
” Seronok betoi tgk Nubhan layan mak diaa.. Cantik lah tengok dapur baru Mak Jenny.. Kita yang tengok pun suka sangat.. “
Bak komen warganet, dapur Mak Jenny yang pada asalnya berkonsepkan kampung terus bertukar menjadi dapur rumah apartment. Apa-apa pun, terbaik lah Nubhan, sentiasa cuba membahagiakan ibunya. Semoga selepas ini bertambah murah rezeki Nubhan dan perkongsian ini menjadi inspirasi kepada semua.
Silakan SHARE..
Sumber : IG nubhan.ahamad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen