Artis / Selebriti
” Ya Allah nangis saya dengar, sampai macam tu keadaan Amad. Allahu kesiannya Amad.. ” – Komen Netizen

Video penjelasan pihak Astro dan cerita Shuib mengenai kejadian yang menimpa Amad Dayyan sebelum dan selepas membuat persembahan di Grand Finale Talk To My Manager. Tak sangka itu yang jadi di backstage, seram pulak dengar..
Kejadian yang menimpa Amad Dayyan ketika sedang membuat persembahan di Grand Finale Talk To My Manager semalam sememangnya mencemaskan ramai orang. Baik Siti Sairah, para juri, Paknil dan seluruh penonton di auditorium dan di rumah juga terkejut dan sedih melihat keadaan Amad.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram F8buzz dan Astro Gempak, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan pendedahan daripada Shuib Sepahtu dan pihak Astro mengenai kejadian tersebut. Kata pihak medic Astro, pemeriksaan mereka ke atas Amad menunjukkan Amad baik-baik sahaja.
Tiada sebarang simptom sakit, ianya agak misteri dan menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan warganet. Shuib pula mendedahkan kejadian di belakang pentas yang penonton tidak tahu semalam. Ketika Amad sedang bersedia untuk menanti gilirannya, sesuatu telah terjadi kepada Amad.
Kata Shuib, dia juga terkejut kerana suami Sairah menelefonnya dengan suara yang agak cemas meminta pertolongan dan ianya berkaitan dengan Amad. Kejadian yang menimpa Amad disifatkan oleh Shuib sama seperti yang pernah terjadi kepada arwah Siti Sarah sebelum ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Aku dh syak something tak kena dia amad tu,bkn sbb diri dia apapun rasanya elok dia rest dulu smpai btul2 kuat dlam jiwa dia nanti,dia boleh jadi pelapis bakat dia sngt besar.. “
” Btul Laa ade Satu comment Aku bace akak tuh ckp msty ade something yg tersembunyi smpai kne panggil ustad. Ya Allah berikan Amad kesembuhan n kuat.. Kesayangan Amadzon.. “
” Ada something yg bertenggek kt bahu ke. sbb tgk mcm dia sakit bahu. pegang2 leher. ntah la. simpati dengan Amad, semoga Allah melindunginya.. “
” Ya Allah nangis saya dengar sampai macam tu keadaan Amad.. Allahu kesiannya Amad.. Ya Allah.. Kuatkan lah amaddayyan Engkau lindungi lah anak ini dari perkara² jahat & manusia yg berbuat buruk kepada Nye.. SesungguhNye engkaulah tempat kami memohon pertolongan.. “
” Medic team sahkan tak ada apa2 penyakit.. macam sesuatu jugak sbb tgk posting tokti pun tulis bismillah 5, hopefully amad okay, rasa mcm janggal tak dpt tgk last performance amad.. “
” Bawa dia pergi berubat dgn perubatan Islam.. mcm ade sesuatu yg tak kena jer. kesiannyer tiap kali nak perform sakit, patut pegi jumpa ustaz tanyer.. “
” Macam ada something tak kena. Semoga Amad dijauhi dari benda2 yg tk diingini.. Ada “Somethingwrong” yg terjadi ni….. Minta pd Allah semoga Amad sentiasa dlm lindungannya.. “
Hanya Allah lebih mengetahui apa yang Amad alami semalam. Sebagai orang luar yang menyokong perjalanan seni Amad, sama-sama kita mendoakan semoga yang baik-baik sahaja untuk Amad. Sekiranya betul ada anasir luar, semoga Amad cepat sembuh dan kembali seperti biasa.
Silakan SHARE..
Sumber : IG F8buzz, IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen