Artis / Selebriti
” Yang mana cakap suara saya tak sedap tu, korang bukan target market saya.. ” – Ubai

Video Shila Amzah Berpadu Suara Dengan Ubai Menyanyikan Lagu Bring Me To Life Buat Warganet Terhibur. Struggle Betul Ubai Nak Menyanyi, Letih Shila Tahan Gelak Sambil Menyanyi. Bakat Yang Patut Dipendam Ni Ubai, Haha !!
Siapa sangka, dari status sebagai peminat akhirnya Ubai menjadi suami kepada penyanyi pujaan hatinya, Shila Amzah. Pasangan ini antara yang seringkali menjadi perhatian warganet. Ubai seorang yang suka membuat kelakar, manakala Shila pula seorang yang mudah terhibur dan ketawa.
Memandangkan bahang pertandingan Singing With Legends yang disertai oleh Shila masih lagi dirasai, Shila cuba berduet pula dengan Ubai sebagai menunaikan permintaan peminatnya. Meninjau entry di akaun Instagram Shila Amzah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan pasangan suami isteri ini berduet.
Menerusi video ini, Shila dan Ubai menyanyikan lagu dendangan asal Evanescence yang berjudul Bring Me To Life. Di ruangan kapsyen, Shila telah pun memberikan peringatan awal kepada semua yang bakal menonton video itu yang Ubai adalah suaminya dan bukan seorang penyanyi sebelum ada yang mengutuk suara Ubai.
Suara Shila sememangnya diketahui ramai sangat merdu. Bagi lah lagu apa sekali pun, pasti akan dinyanyikan dengan baik walaupun secara santai. Ubai pula kelihatan agak susah untuk menyanyi pada part yang sepatutnya Ubai nyanyikan. Ada yang mengatakan Ubai bukan menyanyi, tetapi seperti membaca lirik.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Macam membaca je tu ubai haha.. Struggle nyah ubai nak masuk haha.. lawak lah ubai ni, penat aku ketawa.. “
” Hahahahahah… ubai nak masuk-masuk tapi tak confrm part.. adoi terhibur tom n fuad tgok muka hsbn shila.. “
” Ubai ada bakat terpendam tapi better dipendamkan aje la bakatnye tu haha.. ni dah macam penyanyi sebenar vs penyamar haha.. “
” Kalau macam ni bukan saja ubai tapi juga babai haha.. Dah tolong tepuk tempo pun lari teruk ubai.. thats why husband and wife saling melengkapi.. “
” Ubai nyanyi lagi sedap dari shila sbnrnyer…TAPI klau ubai x nyanyi lgi elok sbb trlalu sedap haha.. “
” Hahhaha. Selective hearing haha.. So cute you both.. Takpa sha, nanti hari2 nyanyi dgn sha pandai laa si ubai nyanyi and jumpa tempo nya yg ke bulan tu.. “
” Sampai sudah Ubai tak dapat diubah haha.. maaf ubai saya tergelak.. ubai baca kunyah lirik.. betul betul kena wake up Ubai, masuk lambat.. “
Ubai juga ada meninggalkan komennya di ruangan komen. Komen pun lawak lah Ubai ni.
Struggle sungguh Ubai untuk masuk mencelah menyanyi. Menyanyi pula seperti membaca sajak sahaja, manalah Shila tak tahan hendak gelak. Ubai memang seorang yang kelakar dan pandai menghiburkan hati orang lain dengan telatahnya itu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Shila Amzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen