Artis / Selebriti
” You tidur pun you boleh menyanyi lagu macam ni.. ” – Datuk Syafinaz

Video Liza Aziz menyanyikan lagu medley Ain’t Nobody dan I Will Survive di konsert minggu ke 3 Gegar Vaganza buat ramai terpukau. Bak kata Tok Ram, macam air dan lancar sahaja. Bunda Hetty pula kata, Liza ‘makan’ lagu tu. Semua juri puji, memang padu teruk..
Liza Aziz nama yang dicanangkan bakal menyandang gelaran juara Gegar Vaganza musim 11. Persembahan Liza dari minggu ke minggu sangat consistent dan mendapat pujian daripada semua juri GV11. Liza juga masih mengungguli carta dan berada di tangga pertama.
Meninjau entry di akaun Instagram Sinar dan Astro Malaysia, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan persembahan Liza malam tadi. Untuk minggu ketiga ini, Liza sekali lagi membawakan lagu medley dan lagu pilihannya kali ini berjudul Ain’t Nobody dan I Will Survive.
Seperti yang dijangkakan, Liza memberikan persembahan yang hebat dan padu. Ketika komen juri, Dato’ Ramli MS mengatakan, Liza menyanyi macam air dan lancar sahaja. Bunda Hetty Koes Endang pula mengatakan Liza ‘ makan ‘ lagu itu. Datuk Syafinaz pula mengatakan kalau tidur sekali pun Liza boleh menyanyi lagu seperti ini.
Tidak semua penyanyi boleh menyanyikan lagu bahasa Inggeris dengan bagus. Namun Liza kelihatan enjoy sahaja sepanjang berada di atas pentas. Liza berjaya membawa vibe disko untuk persembahannya itu. Terhibur semua penonton dengan nyanyian Liza, seperti sedang menonton konsert.
Jom tonton video di bawah :
(Klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@syarriz_one GegarVaganza11: Liza Aziz terus di tempat pertama. . Tok Naz anggap Liza seperti membuat persembahan makan malam, santai dan bersahaja. . Kesemua juri cabar lagu yang di luar kotak dan kebiasaan penyanyi hebat ini. . #fyp #fyppp #GegarVaganza11 #GV11 #foryoupage #lizaaziz #LAForce
@abe.lets.go Liza Aziz #hiburan #gv11 #gegarvaganza2024 #gv11lizaaziz #bintangkembalimenyengat #content #viral #trending #tiktok #tiktoker #fyp #foryoupage
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1ooo tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Terlalu bagus. Utk artis biasa 2 buah lagu tu mencabar dgn pronounciation kena betul, lyric kena igt dgn rentak yg laju dan pernafasan pun kena jaga tp utk Liza Aziz ni semua makanan dia.. “
” Serius lah tokram cabar nyanyi Acapella??? Lagi lah senang sb xdak music.. lg sedap smp ngigau2 nti lps dgr . Huuuu tazabaarrrrr.. “
” Hebat… Bakal. Juara GV. Semoga Allah permudah segala urusan Kak Liza. Diberikan kesihatan yg baik.. Aamiin YRA.. “
” Siap cabar mencabar dh, mmg betul punya mudah Liza Aziz ni nyanyi.. Apa laguuu punnn she made it like lagu dia yg origin singer. Salute habes la kat u kak. Talented sgt sgt sgttttt.. “
” Power gilerr bg aper2 lagu pun kacang bagi dia. the best liza.. Liza aziz mmg power, bapak dia aziz jaafar, mak dia normadiah kot, 2,2 penyanyi hebat.. “
” Power sangat.. Mcm nyanyi sambil mkn kuaci jer, easy for her.. Kalau dah POWER lagu apa pon dia telan.. Taktau apa lagi nak cakap speechless sbb Perfect sangat.. “
” Macam tengok konsert.. ..nyanyi 2 lagu ie medley ni lagi susah dari nyanyi 1 lagu. Lagi mencabar. Kita yg dengar ni pun rasa puas bila Liza bawa medley.. “
” Speechless Power gila.. Kat mana Liza Aziz ambik nafas.. talented, golden voice. true performer.. “
Berilah satu lagu atau medley 2 lagu, nyanyian Liza memang power dan penuh bertenaga. Persembahan yang cukup memukau penonton dan para juri. Liza berjaya membuktikan kekuatan vokalnya kepada Tok Ram. Next challenge daripada Tok Ram adalah Liza menyanyi versi acapella pula. Kita tunggu kejutan daripada Liza pada minggu hadapan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar, IG Astro Gempak, Tiktok syarriz_one, Tiktok abe.lets,go
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen